Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, sehingga Ogos lalu, nilai dagangan negara mencecah RM1.163 bilion dengan peningkatan sebanyak 22 peratus daripada tahun sebelumnya.

Ujar beliau, peningkatan itu dipacu oleh permintaan berterusan daripada China dan Amerika Syarikat (AS) terutama terhadap produk elektrik dan elektronik negara.

“Pada masa sama, terdapat trend peningkatan permintaan terhadap produk kelapa sawit dan agrikultur negara terutamanya dari pasaran China,” katanya selepas taklimat insentif kerajaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE