Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Eksport komponen E&E terus kukuh

Mustapa Mohamed 2
Mustapa Mohamed

PULAU PINANG 25 April - Eksport barangan komponen elektrik dan elektronik (E&E) negara dijangka terus kukuh tahun ini selaras dengan unjuran prestasi ekonomi antara 4.5 hingga 5 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keyakinan berkenaan berdasarkan pertumbuhan ekonomi China dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini yang berada pada prestasi terbaik masing-masing.

Beliau berkata, tahun lalu Malaysia yang merupakan negara pengeksport ketujuh terbesar komponen elektrik dan elektronik dunia dengan dagangan mencecah RM287 bilion turut menerima manfaat daripada pertumbuhan pesat ekonomi yang dinikmati India ketika ini.

“Tahun ini, pertumbuhan ekonomi global dijangka lebih baik berbanding tahun lepas malah sektor elektrik dan elektronik diramal turut menarik perhatian beberapa negara Eropah yang sedang menikmati pertumbuhan ekonomi memberangsangkan seperti Jerman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar SEMICON Asia Tenggara di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud dan Presiden Perdagangan SEMICON Asia Tenggara, Ng Kai Fai.

Sementara itu, Mustapa memberitahu, prestasi semasa eksport elektrik dan elektronik berada pada paras pertumbuhan cukup memberangsangkan iaitu menikmati peningkatan 20.6 peratus bagi dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, kerajaan yakin prestasi eksport sektor berkenaan yang telah menyumbang sebanyak 37 peratus keseluruhan eksport negara akan bertambah baik tahun ini.

Berkenaan Seminar SEMICON, Mustapa turut melahirkan keyaki­nan program itu bakal menjadi platform utama pemain industri berkenaan untuk melonjakkan lagi jaringan perniagaan.

“Penganjur menjangkakan le­bih 7,500 pelawat ke pameran ini berdasarkan sambutan yang diterima pada penganjuran dua edisi terdahulu dan saya difahamkan, seminar ini akan diteruskan pada tahun depan di ibu negara,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain