Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Eksport kayu-kayan negara diunjur tumbuh sederhana

BANGI 17 Mac - Eksport kayu-kayan negara dijangka mengalami pertumbuhan sederhana pada tahun ini iaitu sekitar RM22 bilion hingga RM23 bi­lion, kesan daripada pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Jalaluddin Harun
Jalaluddin Harun

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Dr. Jalaluddin Harun berkata, buat masa ini eksport kayu-kayan negara adalah ke Jepun, AS dan Ke­satuan Eropah, sebagai destinasi utama.

Katanya, walaupun eksport pada tahun lepas menurun sedikit kepada RM22.11 bilion berbanding RM22.14 bilion pada tahun sebelumnya kerana permintaan lemah kesan daripada kelembapan ekonomi dunia, namun industri itu mengambil kesempatan atas kelemahan ringgit.

“Transaksi penjualan kayu-kayan menggunakan mata wang dolar AS dan ia memberi kelebihan kepada nilai eksport kita pada tahun lalu,” kata­nya kepada pemberita selepas Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Perka­yuan dan Perladangan Hutan di sini semalam.

Susulan penarikan AS daripada TPPA, katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga telah menimbang semula penyertaan Malaysia dalam TPPA yang akan menyebabkan pertumbuhan industri itu dijangka menjadi agak perlahan.

Bagaimanapun katanya, MTIB sedang meninjau pasaran baharu termasuk negara-negara yang menjalin perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia se­perti Australia, New Zealand, Turki dan Chile yang menawarkan tarif eksport pada kadar sifar peratus atau sangat rendah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain