Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus suku pertama 2017

EKNOMO MALAYSIA 5.6 PERATUS
GABENOR Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ibrahim menunjukkan buku laporan perkembangan ekonomi bagi suku pertama 2017 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 19 Mei - Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama 2017 disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah kukuh, khususnya perbelanjaan sektor swasta.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, dari segi penawaran, pertumbuhan yang lebih baik ini didorong terutama oleh sektor pertanian yang kembali pulih dan pertumbuhan lebih tinggi dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. 


Katanya, bagaimanapun, inflasi secara keseluruhan meningkat kepada 4.3 peratus disebabkan harga bahan api yang lebih tinggi. 


“Secara dasarnya, ekonomi negara dijangka kekal di atas landasan untuk mencatat pertumbuhan lebih tinggi tahun ini dengan permintaan dalam negeri diunjur terus berkembang. 


“Eksport juga dijangka meraih manfaat daripada pertumbuhan global yang bertambah baik dan dalam masa, inflasi akan menurun pada suku kedua dan seterusnya walaupun mencatat peningkatan pada suku pertama,” katanya dalam sidang akhbar Prestasi Ekonomi pada Suku Pertama 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain