Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Malaysia, Datuk Chang Khim Wah berkata, Hope menawarkan dua kaedah pemilikan kediaman melalui Stay2Own (S2O) atau Help2Own (H2O).

Menurut beliau, program yang berlangsung sehingga 30 Jun itu membolehkan bakal pembeli memilih pelbagai projek kediaman idaman yang dibangunkan oleh Eco World Malaysia di seluruh negara.

“Di bawah S2O, Maybank akan menjadi perantara kepada proses pemilikan hartanah dengan membeli kediaman dan kemudian memajakkannya kepada bakal pembeli. S2O merupakan adaptasi daripada produk HouzKEY yang ditambah baik serta penambahan pelbagai ciri baharu.

“Antara ciri yang terdapat pada S2O adalah kos deposit pemulaan dan bayaran bulanan yang rendah serta masuk dahulu bayar kemudian. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan muda tetapi juga kepada individu yang mahu menaik taraf kediaman mereka,” katanya dalam majlis pelancaran Hope di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE