JEBASINGAM ISSACE JOHN
JEBASINGAM ISSACE JOHN

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, jumlah itu memberi sumbang­an yang signifikan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ECER de­ngan peningkatan se­banyak RM9.7 bi­li­on antara tahun 2007 hingga 2016.

Menurut beliau, pelaburan langsung domestik (DDI) muncul sebagai penyumbang utama terha­dap pertumbuhan ekonomi dan sumber penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Pelaburan tempatan sebahagian besarnya melalui perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menyumbang sebanyak 46 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan di ECER sekali gus mengukuhkan peranan mereka sebagai nadi utama pertumbuhan sosioekonomi di Wilayah ini.

“Pelaburan syarikat bumiputera di bawah program [email protected] juga telah memberi sumbangan ketara iaitu sebanyak 14 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan swasta yang melibatkan 177 projek bernilai RM16.2 bilion,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Issace John, sehingga kini transformasi ECER telah membawa impak positif kepada lebih 950,000 orang atau 11 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di wilayah tersebut.

Jelasnya, sektor perniagaan tani telah memainkan peranan penting dalam memacu transformasi sosioekonomi luar bandar di ECER.

Katanya lagi, pelbagai projek perkongsian awam dan swasta seperti Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) telah menyumbang kepada bekalan tenusu negara dan mengurangkan kebergantungan terhadap susu import.

“Kilang Pemprosesan Tenusu di MSCRIC dijangka beroperasi pada tahun ini dan bakal me­ningkatkan lagi pengeluaran susu domestik. Di samping itu, projek Ladang Nanas Bersepadu Rompin (RIPP) telah mula mengeksport nanas jenis MD2 ke Jepun dengan Korea dan China sebagai pasaran eksport utamanya.

“Kedua-dua projek berkenaan telah membuka banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk tempatan yang tinggal di kawasan pedalaman termasuk kepada para petani dan masyarakat Orang Asli,” kata beliau.