DRB-Hicom berkata, keutamaan bagi kedua-dua pihak pada masa ini adalah untuk merumuskan pelan perniagaan yang mantap bagi memastikan Proton berada di kedudukan yang kukuh ketika ia memulakan era baharu dalam industri automotif.

“Sebarang perkembangan penting dalam hal ini akan diumumkan kelak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Syarikat tersebut berkata demikian sebagai reaksi kepada pelbagai laporan berita mengenai perubahan kakitangan utama di Proton Holdings Berhad.

Pada 23 Jun lalu, Geely memuktamadkan pembelian 49.9 peratus kepentingan Proton yang dimiliki oleh DRB-Hicom.

Menurut beberapa laporan sebelum ini, bekas Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine Co., Li Chunrong dikhabarkan akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Portal China, Automotive News mendakwa Li menyertai Geely bagi menyelia operasi Proton. - UTUSAN ONLINE