Presiden DPMM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir berkata, GO 4.0 Langkawi merupakan siri jelajah negeri yang pertama dari beberapa program yang telah dirancang oleh dewan perniagaan tersebut.

“GO 4.0 merupakan satu daripada inisiatif khusus di bawah aturan strategi digital DPMM

bertujuan menyedarkan ahli-ahli bahawa banyak model perniagaan yang ada hari ini tidak lagi bersesuaian dengan tersedianya pelbagai teknologi dengan kadar dan capaian yang berpatutan.

“Cabaran dan peluang IR 4.0 akan mengubah cara kita bekerja, menjalani kehidupan dan akan menetapkan kita pada satu arah dan tahap yang berbeza dari apa yang

telah dialami rakyat Malaysia selama ini,” katanya pada sidang akhbar GO 4.0 Langkawi di sini hari ini.

GO 4.0 Langkawi akan diadakan pada 16 dan 17 Februari ini di Dataran Parkir Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) , Langkawi. -UTUSAN ONLINE