Ini dilakukan sebagai menunaikan janjinya ketika berkempen sebagai calon Presiden AS baru-baru ini.

Hasrat Trump membatalkan rundingan perjanjian TPP (TPPA) itu kerana ia disifatkan sebagai membunuh pekerjaan dan meragut kepentingan AS.

"Kita sudah lama membincangkan mengenai perkara ini dan kami merasakan ia satu keputusan terbaik untuk golongan pekerja AS," katanya selepas menandatangani arahan itu di White House semalam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia akan mengkaji kemungkinan untuk meneruskan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dengan ahli TPP yang berkaitan jika TPPA tidak menjadi kenyata­an.

Menurut beliau, negara juga akan memberi keutamaan dalam mengukuhkan integrasi ekonomi dalam ASEAN dan berusaha untuk memuktamadkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam. - UTUSAN ONLINE