MIDF dalam kenyataan berkata, Dominic merupakan figura korporat terkenal dan memiliki pengalaman luas termasuk bidang perbankan, kewangan dan pelaburan, pengurusan strategik, pembinaan perniagaan dan pembangunan sektor kewangan dan pelaburan rentas sempadan. 


Menurut firma itu, beliau merupakan Pengarah di DMY Capital dan pernah memegang jawatan Ketua Pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sehingga 2017.


“Beliau juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Khazanah selama sembilan tahun. Beliau bekerja bersama ABN Amro Bank (kemudiannya dikenali sebagai Royal Bank of Scotland) dengan memegang pelbagai jawatan termasuk kewangan berstruktur, kredit dan Ketua Liputan Institusi Kewangan dan Sektor Awam,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE