Pengarah Urusan Asia Tenggara DHL eDagang, Kiattichai Pitpreecha berkata, usahasama tersebut membolehkan peruncit dalam talian Shopee memilih penghantaran produk mereka melalui DHL.

Kata beliau, pelanggan akan menerima barangan yang dibeli pada hari berikutnya di kebanyakkan lokasi di Malaysia manakala dua atau tiga hari bagi destinasi di luar bandar.

“Dalam perniagaan e-dagang sistem penghantaran memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pengalaman khidmat pelanggan yang menyeluruh. Sebanyak 80 peratus pelanggan e-dagang menyatakan bahawa sistem penghantaran merupakan sebahagian daripada pengalaman beli-belah dalam talian.

“Sebanyak 70 peratus pelanggan tidak akan membuat pembelian dalam talian setelah mengalami pengalaman penghantaran yang teruk. Selari dengan hasrat kami untuk menjadi syarikat logistik e-dagang pilihan utama DHL berusaha untuk memudahkan proses penghantaran kepada peruncit dan pembeli dalam talian,” katanya dalam majlis pelancaran usahasama antara DHL eDagang dan Shopee di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE