Yang Dipertuanya, Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani berkata, DEUM ketika ini mempunyai 340 syarikat gabungan yang bertindak sebagai rakan sahabat dalam menyediakan pasaran buat usahawan untuk mengetengahkan produk perniagaan masing-masing.

“Kita menyasarkan dalam tempoh 12 bulan, kira-kira sejuta usahawan akan menyertai kami sebagai rakan sahabat untuk kita memberi bimbingan kepada mereka, khususnya sebagai perantara kepada agensi bertanggungjawab dan juga soal pasaran.

“Bagaimanapun, DEUM bukan sebuah badan yang beroreintasikan penyediaan dana, sebaliknya kita menawarkan bimbingan untuk membentuk mereka menjadi usahawan lebih berjaya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Khuzaini berkata, pendekatan bimbingan dan bukan lagi soal pemberian dana yang menjadi keutamaan DEUM adalah bagi mengelakkan wujudnya golongan usahawan touch n go seperti sebelum ini hingga menyebabkan ketirisan.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman lalu, banyak usahawan yang berdaftar hanya mahukan dana tetapi kemudian menghilangkan diri selepas mendapat peruntukan itu, sekali gus menyebabkan hasrat kerajaan untuk membangunkan golongan tersebut terbantut.

“Kita tidak mahu perkara sama berulang lagi, sebab itu DEUM memberi fokus kepada bimbingan, kita ada dana khas tetapi ia hanya diberikan kepada usahawan benar-benar layak serta diyakini mampu berdikari jika dibantu,” katanya.