Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol berkata, DBOS memulakan operasi perniagaan pada 15 Januari 2018 dengan modal berbayar sehingga RM500 juta.

“Sebanyak RM244.2 juta bagi permohonan kemudahan kredit sedang dalam proses kelulusan.

“Pendeposit ialah daripada syarikat berkaitan kerajaan adalah RM7.5 juta, majlis tempatan (RM17.56 juta), sektor awam (RM3.4 juta) dan badan berkanun (RM23.2 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) See Chee How (PKR-Batu Lintang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 di sini, sebenar tadi.

DBOS yang dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri membolehkan pembiayaan projek infrastruktur asas termasuk yang berkaitan dengan Internet dan sebahagian daripada projek melibatkan sistem pengangkutan.

Selain itu, ia juga akan menyediakan pembiayaan bagi projek pembangunan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, industri minyak dan gas, penjagaan kesihatan dan pertanian moden. - UTUSAN ONLINE