Pengasas Kumpulan Berjaya,Tan Sri Vincent Tan berkata, pembukaan itu ia juga bertujuan untuk memberikan pelanggannya satu pengalaman beli-belah baharu.

Katanya, Pusat Pengalaman Cosway merupakan satu daripada revolusi yang membezakan jenama Cosway dengan jenama biasa yang lain.

“Pusat pengalaman Cosway ini turut mempamerkan rangkaian produk penjagaan kesihatan, rumah dan gaya hidup selain turut dilengkapi beberapa zon dengan panduan interaktif bagi pengunjung,” katanya dalam ucapan perasmian pusat pengalaman Cosway, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong. - UTUSAN ONLINE