Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, bekas tapak perlombongan seharusnya dibangunkan daripada dibiarkan menjadi kawasan yang boleh membahayakan orang ramai.

“Saya kenal kawasan ini (Mangala Resort & Spa), dahulu lokasi ini merupakan kawasan bekas lombong yang kini ditukar oleh pemiliknya menjadi kawasan kelapa sawit.

“Ini harus diberikan pujian dan boleh dijadikan contoh kepada kawasan lain yang terdapat banyak bekas kawasan perlombongan dan mungkin menjadi tempat berbahaya kepada penduduk,” titah baginda ketika merasmikan Mangala Resort & Spa di sini hari ini.

Berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dan pemilik Mangala Resort & Spa, Datuk Franky Chua Goon Eng. - UTUSAN ONLINE