Pelancaran itu meletakkan Celcom sebagai syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan rangkaian berkelajuan tinggi, akses berkualiti bagi perkhidmatan multimedia dan pengalaman digital terbaik kepada para pelanggan bergantung kepada keupayaan peranti.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan berkata, peningkatan signifikan Lightning Fast LTE berbanding perkhidmatan mudah alih 4G ialah keupayaan maksimumnya menyokong kelajuan hingga melebihi 400Mbps.

“Pelancaran ini mengukuhkan peranan utama Celcom dalam menyediakan teknologi terkini dan terbaik di peringkat global untuk para penggunanya di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada taklimat media rangkaian baharu itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE