Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Celcom tawar EasyPhone serendah RM74 sebulan

ZaLman Aefendy Zainal Abidin (dua dari kiri) memegang poster EasyPhone 2
Zalman Aefendy Zainal Abidin (dua dari kiri) memegang poster EasyPhone For Prepaid dalam majlis pelancaran Celcom Xpax EasyPhone di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Ghazali basri

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Celcom Xpax menawarkan Easy­Phone untuk pelanggan prabayar dengan pelbagai tele­fon pintar melalui skim ansuran 24 bulan pada harga se­rendah RM74 sebulan.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, EasyPhone adalah prabayar eksklusif dan pertama seumpamanya dalam pasaran yang membolehkan pemilikan mudah telefon pintar.

Katanya, EasyPhone untuk prabayar adalah unik kerana menawarkan pilihan untuk lebih daripada 30 siri model terkini Samsung, Huawei, Oppo, Xiaomi, iPhone 6 dan iPhone 7.

“Sebelum ini, pelan ansuran ini hanya dapat dinikmati pengguna pascabayar, namun kini Celcom menjadi yang pertama dalam memperkenalkan pelan ansuran pembelian telefon pintar kepada pengguna prabayar.

“Malah, kerjasama dengan AEON Credit Service (M) Berhad, EasyPhone untuk prabayar adalah perintis bagi pelan pembiayaan ansuran telefon pintar yang menyediakan pengalaman terbaik kepada pengguna,” katanya selepas me­lancarkan Celcom Xpax EasyPhone di sini hari ini.

EasyPhone memudahkan pengguna memiliki telefon pintar tanpa kad kredit atau bayaran pendahuluan.

Selain itu, dengan setiap pendaftaran EasyPhone untuk prabayar, pengguna akan menikmati masa berbual bernilai RM30 yang disertakan sebagai sebahagian da­ripada jumlah ansuran bulanan selama 24 bulan.

Menurut Zalman Aefendy, me­lalui tawaran tersebut, pengguna boleh memperolehinya melalui portal aplikasi digital atau ber­kunjung ke cawangan Blue Cube untuk mendaftar.

“Kami mahu pengguna menikmati pengalaman digital terbaik yang dipacu oleh rangkaian Lightning Fast LTE Celcom,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain