Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata,

pelanggan Celcom FIRST Gold Plus dan FIRST Platinum kini boleh berkongsi kuota internet dengan rakan dan keluarga dengan mudah melalui aplikasi pascabayar terkini MYCELCOM POSTPAID.

Ciri baharu GBshare menawarkan pelan internet yang boleh dikongsi melalui Celcom FIRST Gold Plus RM98 (40GB) dengan pendaftaran 2 GBshare Lines untuk perkongsian internet yang mudah sehingga 44GB.

“Untuk FIRST Platinum RM150 (60GB), pelanggan boleh mendaftar 2 GBshare Lines atau sehingga maksima 5 GBshare Lines, untuk perkongsian internet sehingga 70GB dengan lima ahli keluarga,” katanya ketika memberi penerangan mengenai GBshare di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE