Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan berkata, demografi penggunaan peranti pintar pada masa kini menunjukkan sebilangan besar kanank-kanak menjadi mangsa dalam talian.


Katanya, ramai ibu bapa menyediakan anak-anak dengan peranti pintar bagi tujuan perhubungan, namun secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada dunia luar tanpa batasan.


“Sebagai sebuah penyedia komunikasi mudah alih, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan pengalaman digital yang selamat kepada kanak-kanak.


“Inisiatif ini dapat menangani kadar jenayah siber yang merbahaya seperti kenalan di media sosial, buli siber, isi kandungan yang tidak sesuai dan penipuan dalam talian,” katanya dalam majlis pelancaran kempen #parentsunite for online safety di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE