Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan berkata, mulai hari ini pengguna yang melanggan kedua-dua pelan berkenaan  selama 12 bulan akan menikmati keistimewaan baharu secara automatik. 


Katanya, antara keistimewaan tersebut termasuklah perayauan data percuma dan panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke sembilan negara ASEAN; akses premium iflix dan Yonder Music tanpa had.


“Celcom turut menawarkan satu tiket penerbangan pergi balik ke destinasi ASEAN melalui Keistimewaan Gaya Hidup khusus untuk pelanggan Celcom First Platinum dan First Platinum Plus,” katanya pada majlis pengumuman ganjaran baharu bagi pelan Celcom First di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE