Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Celcom, Ericsson laksana ujian pertama 5G di Malaysia

5G CELCOM
DATUK Jailani Johari (empat kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Michael Kuehner (dua kiri) dan Presiden Ericsson Malaysia, Todd Ashton (paling kanan) pada majlis pelancaran ujian pertama 5G di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 18 Mei - Celcom Axiata Bhd. dan Ericsson bekerjasama bagi melaksanakan ujian 5G pertama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Michael Kuehner berkata, ujian tersebut menggunakan prototaip radio 5G yang boleh mencapai daya pemprosesan sehingga 18GB per saat. 


Beliau berkata, pelaksanaan ujian tersebut merupakan hasil daripada memorandum persefahaman (MoU) 5G yang ditandatangani kedua-dua pihak di Barcelona Februari lalu. 


“Celcom komited membangunkan dan meneruskan evolusi rangkaiannya dengan teknologi terkini sekali gus membawakan pengalaman digital terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya di sini hari ini.


Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multumedia, Datuk Jailani Johari dan Presiden Ericsson Malaysia dan Sri Lanka, Todd Ashton. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain