Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.62 mata kepada 1,603.74.

Indeks penanda aras dibuka 3.38 mata lebih tinggi kepada 1,608.74 dan bergerak antara 1,603.65 dan 1,614.23 di sepanjang hari.

Seorang peniaga berkata, kedudukan pasaran secara umumnya mencerminkan kebimbangan terhadap perang perdagangan Amerika Syarikat-China, yang dijangkakan berterusan susulan sekatan Amerika Syarikat ke atas Huawei Technologies Co. Ltd., minggu lepas.

“Saham berharga rendah dan kedudukan saham secara menyeluruh, suram dalam sebahagian besar urus niaga berikutan sentimen berhati-hati menyelubungi pasaran.

“Tiada perubahan unjuran untuk tempoh terdekat walaupun perang perdagangan yang semakin meningkat, selain minat pasaran yang lemah yang dijangkakan mengheret turun kebanyakan saham dalam tempoh jangka pendek,” katanya. - BERNAMA