Pada pukul 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama susut 12.81 mata kepada 1,590.93 selepas dibuka rendah 3.8 mata kepada 1,599.94.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 299 berbanding 72, dengan 160 kaunter tidak berubah, 1,366 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 229.3 juta bernilai RM138.73 juta.

Peniaga berkata, walaupun terdapat sokongan kepada saham berkaitan indeks, sokongan tersebut tidak stabil dengan ketidaktentuan pasaran luaran yang berterusan akan mengurangkan sokongan dan menyebabkan kebanyakan saham rendah.

“Di peringkat domestik, terdapat beberapa petunjuk penting yang akan membantu meningkatkan sentimen.

“Oleh itu, FBM KLCI yang rendah dijangka berterusan yang dapat menyaksikan indeks utama melepasi paras sokongan 1,600 kepada paras 1,595 dan 1,593. Sementara itu, paras halangan, masing-masing pada 1,610 dan 1,620,” katanya. - BERNAMA