Pengerusi Eksekutif Dewina Holdings Sdn. Bhd., Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi berkata, Brahim’s cukup berpengalaman dalam dunia makanan dan pembuatan.

“Dengan kepakaran bersepadu yang ada, tidak mustahil untuk kami terus melangkah dalam industri halal di rantau ini. Matlamat kami adalah menyebarkan revolusi perniagaan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings Sdn. Bhd., Nur Fatin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Brahim’s SATS Food Services, Ainul Hasnizam Abu Hassan.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menambah masa depan perniagaan halal perlu melalui inovasi kreatif dan integrasi perniagaan.

Katanya, peranan Brahim’s adalah untuk terus menghasilkan produk berkualiti yang mudah, sedap dan halal bagi keperluan pengguna.

Pada MIHAS kali, Brahim’s turut mengadakan demonstrasi masakan menggunakan produk Brahim’s dengan cara lebih kreatif di kiosk syarikat tersebut. - UTUSAN  ONLINE