Pengarah Urusan Kumpulan Dewina, Nur Fatin Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihak­nya sentiasa melakukan inovasi dengan pelbagai pilihan produk mengikut kehendak dan keperluan semasa pengguna.

“Hasil daripada maklum balas pengguna setia bagi lebih 40 rangkaian produk Brahim's, kami melancarkan produk nasi pada Julai baru-baru ini iaitu nasi goreng cina, nasi goreng pedas dan nasi goreng kicap.

“Bagi dua bulan pertama, lebih 3,000 karton produk nasi ini dipasarkan seluruh negara di semua pasar raya utama dan sambutan amat menggalakkan,” katanya kepada pemberita sempena program Brahim's Anyone Can Cook Roadshow di sini hari ini.

Brahim's menerusi jelajah selama tiga hari bermula hari ini turut melaksanakan de­mons­trasi masakan di samping me­ngadakan kuiz dan cabutan bertuah kepada pengunjung di pasar raya besar itu.

Yang hadir sama Pengurus Pemasaran dan Penjualan Dewina, Fazil Othman dan Ketua Komunikasi Dewina, Azizah Wahid.

Sementara itu, Fazil yakin dengan pelancaran produk baharu itu mampu meningkatkan perolehan syarikat sebanyak 20 peratus menjelang tahun depan.

“Kita sasarkan sebanyak 2,000 outlet seluruh negara termasuk menembusi pasaran luar seperti Brunei dan Singapura.

“Rangkaian produk baharu ini bukan sahaja harganya berpatutan tetapi memudahkan cara penyediaan dan memen­tingkan gaya hidup sihat kerana setiap peknya hanya mengan­dungi 300 kalori,” ujarnya.