Pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif dasar mone­tari adalah sejajar dengan pendirian dasar yang ditetapkan, kata bank pusat.

“MPC akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi,” kata BNM dalam kenya­taan di sini hari ini.

Mesyuarat MPC itu adalah yang keenam diadakan tahun ini dan ketiga dipengerusikan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

BNM berkata, ekonomi dalam negeri terus menghadapi risiko pertumbuhan lebih perlahan berikutan ketega­ngan perdagangan yang terus meruncing dan kelemahan berpanjangan dalam sektor perlombongan dan pertanian.

“Bagaimanapun, secara ke­seluruhan, ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil pada 2018 dan 2019,” katanya. – BERNAMA