Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd. Lutfi berkata, dana itu menawarkan potensi pulangan tahunan yang stabil kepada pelabur runcit dan korporat.

“Sukuk berkenaan ditawarkan dalam ringgit, dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura pada harga 0.25 sen seunit bagi tempoh bermula 1 Ogos hingga 21 Ogos ini,” katanya dalam majlis pelancaran Dana Sukuk ESG BIMB di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE