Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Najmuddin Mohd. Lutfi berkata, dana tersebut sesuai untuk pelabur yang mahukan pendedahan kepada saham-saham Malaysia yang patuh syariah dan ESG serta peningkatan modal dalam jangka sederhana hingga panjang. 


“Dana ini melabur sehingga 100 saham dengan pelaburan minimum sebanyak RM500 pada harga 25 sen seunit. Ia boleh didapati di kesemua 145 cawangan Bank Islam di seluruh negara dan melalui perunding-perunding pelaburan BIMB Invest mulai 9 Mac 2017,” katanya dalam majlis pelancaran dana tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE