Pendapatan meningkat kepada RM76.84 juta berbanding RM62.99 juta sebelumnya, kata BHIC dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata, syarikat itu merekodkan hasil yang lebih tinggi daripada penyelenggaraan, pembaikan dan aktiviti baik pulih yang berkaitan dengan pertahanan.

“Melangkah ke hadapan, kami amat yakin bahawa kumpulan akan mampu untuk mengekalkan momentum pertumbuhan, lebih-lebih lagi dengan kontrak-kontrak baharu yang diberikan kepada BHIC,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Katanya, ini termasuk kontrak penting dengan Kementerian Pertahanan bagi membekal empat unit kapal perang pesisir pantai kepada Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Kumpulan juga akan terus mencari kontrak-kontrak yang berdaya maju dengan pihak lain seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga pasaran luar negara,” katanya. - BERNAMA