Menurut laporan Bloomberg, Beam menerima pembiayaan daripada Sequoia India, Foun­ders Fund, ZhenFund dan Glass 5 Global. Antara lain termasuk Arbor, Insignia, 500 Startups, Gobi dan K2 Global.

Ketua Pegawai Eksekutif Beam, Alan Jiang berkata, dana itu akan membantu membiayai e-skuter yang dihasilkan oleh Segway Ninebot, disokong oleh pembuat tele­fon pintar Xiaomi Corp.

Katanya, Beam mahu me­ngubah cara orang bergerak di sekitar bandar raya Asia.

“Beam merancang untuk melancarkan perkhidmatan ini pada minggu akan datang sebelum memperluaskan platform ke Malaysia, Australia dan Korea Selatan.

“Pengguna akan menggunakan perkhidmatan ini dengan meletak dan mengoperasikan skuter menggunakan telefon pintar mereka,” katanya di sini hari ini.

Alan sebelum ini mengetuai operasi Ofo di Asia Pasifik dan berkhidmat sebagai Pengurus Negara Uber di Indonesia.

Beliau mencuba untuk me­ngulangi kejayaan Bird Rides Inc. dan Lime di Asia.

Pengguna perlu membayar SG$1 (RM3.02) untuk menghidupkannya dan akan dicaj SG$0.15 (RM0.45) bagi setiap minit, tanpa memerlukan deposit.

Sama dengan syarikat e-sku­ter Amerika Syarikat (AS), Beam merancang untuk menyediakan insentif kewangan kepada mereka yang mahu mengedarkan skuter itu. – AGENSI