Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid berkata, menerusi kerjasama itu, pelajar bumiputera yang berkelayakan boleh memohon Pembiayaan Pendidikan-i Bank Rakyat.


“Inisiatif ini bagi membantu negara melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta memperoleh pekerjaan bersesuaian dengan kehendak pasaran masa kini,” katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani MoU di antara Bank Rakyat dan Yayasan Peneraju di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE