Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid berkata, Kempen #BankRakyatCares diperkenalkan bagi memenuhi keperluan perbankan masyarakat yang berbeza serta membantu pe­langgan untuk membuat perancangan kewangan dengan baik menerusi produk Bank Rakyat.

Katanya, kempen yang telah berlangsung pada 15 Oktober 2016 sehingga 31 Mac 2017 itu menawarkan pelbagai hadiah lumayan dan menarik bernilai hampir RM1 juta untuk pelanggan bertuah Kempen #BankRakyatCares.

“Antara pemenang bertuah ialah Rosnah Md. Yusof dan Rosnah Othman yang mene­rima wang tunai sebanyak RM100,000 setiap seorang bagi kategori Pembiayaan Peribadi-i; Wong Lai Ngoh dan Teaw Kok Hua menerima wang tunai RM10,000 setiap seorang bagi kategori Akaun Deposit Berjangka-i serta Fazilah Basri dan Nurizah Shahol Hamid turut menerima wang tunai berjumlah RM10,000 setiap seorang bagi kategori Pajak Gadai-i.

“Selain itu, bagi kategori Pembiayaan Perumahan-i, Nasarudin Mohd. Zainal dan Nor Azura Saad menerima pakej ubah suai rumah dan perabot bernilai RM50,000 setiap seorang. Bagi kategori Pembia­yaan Kenderaan-i dan Pembia­yaan Motosikal-i, pemenang Nor Sahbillah Maswan dan Rozita Mohd. Yunos telah menerima baucar petrol bernilai RM10,000 setiap seorang,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Bank Rakyat merekodkan peningkatan perolehan sebanyak RM317.05 juta atau 5.58 peratus kepada RM6 bilion, berbanding RM5.69 bilion pada tahun lepas.

Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu turut meng­umumkan dividen tunai seba­nyak 15 peratus, berjumlah RM450 juta, bagi tahun kewang­an berakhir 31 Disember 2016 berban­ding 13 peratus pada 2015.