Kerjasama bersama dua institusi pengajian itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat bagi membantu dan menyokong pelajar yang berprestasi tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti bidang pengajian Islam dan psikologi.

Pada masa yang sama, inisiatif ini turut menyumbang kepada pembangunan modal insan negara serta melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi.

MoA itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi (Operasi Perbankan) Bank Rakyat, Datuk Asmuni Sudin bersama Ketua Pematuhan Syariah Bank Rakyat, Mohd Zamerey Abdul Razak dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UniSHAMS, Prof. Dr. Mohamad Abdul Hamid serta Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAS, Prof Madya Dr. Muhammad Zahiri Awang Mat.

Majlis MoA itu telah diadakan pada 12 September lalu di Menara Kembar Bank Rakyat. - UTUSAN ONLINE