Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, inisiatif tersebut merupakan platform tabungan yang dapat menguruskan perjalanan umrah dengan lebih teratur.

“Pengenalan akaun baharu ini juga merupakan alternatif kepada bakal jemaah untuk membuat simpanan serta mengikuti pakej umrah yang selamat sekali gus menangani masalah penipuan pakej umrah,” katanya dalam majlis pelancaran di sini hari ini.

Pelanggan yang berminat untuk membuat simpanan dalam Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan atau pusat panggilan di talian 1-300-80-5454 untuk maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE