Agensi penarafan itu berkata, bank tetap ter­dedah dengan risiko berkaitan hartanah walaupun harga hartanah sama ada jatuh atau pada pertumbuhan yang perlahan di Asia Pasifik.

Dalam laporan bertajuk Bank - Asia Pasifik: Unjuran 2019 kekal stabil apabila bank mengekalkan pe­nampan yang mencukupi daripada keadaan iklim yang semakin mening­kat, mendapati institusi kewangan di Asia Pasifik (APAC) akan terdedah pada keada­an ekonomi yang menca­bar dan ke­tidakstabilan pasaran pada 2019.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar di APAC telah memuncak dan sete­rus­nya tumbuh sederhana dan pengembangan kredit akan menjadi perlahan dengan perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat menimbulkan risiko kepada per­ban­­k­an,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Moody’s Investors Service mengunjurkan bank-bank di Asia Pasifik (APAC) akan kekal stabil untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Naib Presiden dan Pegawai Kredit Kanan Moody’s, Eugene Tarzimanov berkata, kelayakan kredit bank akan tetap stabil pada 2019 kerana asas-asas ekonomi masih kukuh serta penampan kredit yang baik.

Beliau berkata, secara khususnya, peruntukan dan keuntungan bank-bank APAC akan menyediakan penampan bagi menyerap kerugian dan pembiayaan serta kecairan akan tetap stabil.

“Di samping itu, perkembangan baru-baru ini mengenai resolusi bank-bank di APAC mengukuhkan pendapat kami bahawa sokongan kerajaan terhadap bank-bank akan terus kukuh,” katanya.

Dalam laporan itu juga menyebut daya kemampuan dan kebolehan sektor swasta kekal tinggi dalam banyak ekonomi APAC, mendedahkan bank-bank kepada risiko kejatuhan kualiti aset apabila kadar faedah terus meningkat.

Selain itu, aliran modal masuk dan keluar dari pasaran kewangan Asia juga tidak menentu, dan pengetatan selanjutnya dalam kecairan dolar AS boleh memberi kesan buruk ke atas kapasiti pembayaran balik hutang korporat.

“Keseluruhannya, bank-bank akan mempunyai penampan yang mencukupi terhadap risiko yang semakin meningkat,” katanya.

Moody’s juga berkata, kemajuan teknologi akan membentuk semula model perniagaan bank-bank APAC pada tahun-tahun akan datang, de­ngan pendigitalan akan membantu bank mengurangkan rangkaian cawangan sekali gus dapat mengurangkan kos.

Selain itu katanya, bank di APAC akan tetap menjadi penerbit aktif bagi bon hijau, walaupun pertumbuhan bagi pembiayaan segmen tersebut adalah perlahan pada 2018.