Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, pembukaan akaun baharu tersebut telah menyumbang kepada 59.6 peratus pertumbuhan Al-Awfar pada tahun ini.

Menurut beliau, per­­tumbuhan Al-Aw­far sejak Disember 2016 hingga kini adalah sebanyak RM358 juta.

“Jelajah kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 kini sedang berlangsung sehingga 3 Disember di seluruh negara yang mana Bank Islam membuka kaunter kepada orang ramai di pusat-pusat beli-belah.

“Antara lokasi jelajah ialah Melawati Mall, East Coast Mall, Mydin Taman Rinting, Mydin Se­remban, Queensbay Mall, CMART Aman Jaya Mall Sg. Petani, IOI City Mall, The Curve dan Mydin USJ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul menambah, meka­nisme kempen kali ini berbeza dari sebelumnya yang mana ia bukan sahaja mengambil kira jumlah pelaburan tetapi turut memberi unit kelayakan yang berbeza bergantung pada pelaburan bulanan dan tempoh masa penyimpanan pelaburan berkenaan.

Katanya, kaedah tersebut memberi peluang yang lebih tinggi kepada pemegang akaun baharu dan sedia ada untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan.

“Mekanisme seperti ini diguna pakai bagi memastikan kesetiaan pelanggan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

“Dengan pelaburan minimum RM1,000 peserta layak untuk ca­butan bulanan peringkat wilayah dan suku tahunan bernilai lebih daripada RM9 juta selain daripada tiga hadiah utama kempen tersebut,” ujarnya.