Penyenaraian 10 jualan hartanah kediaman termahal di Malaysia sepanjang 2017 dikumpul oleh iPropertyiQ.com, syarikat penyedia perkhidmatan penyelesaian data besar dan jabatan kelolaan portal hartanah, iProperty.com.

Senarai yang dikumpul oleh portal hartanah itu berdasarkan hasil jualan mengikut rekod Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah (JPPH).

“Sebagai syurga makanan terkemuka, Pulau Tikus juga merupakan kediaman kegemaran golongan ekspatriat dari China, Indonesia dan Thailand.

“Antara tempat tumpuan ramai di kawasan ini termasuk Gere­ja Immaculate Conception dan pasar pagi Pulau Tikus.

“Median harga untuk setiap kaki persegi bagi banglo di Pulau Tikus ialah RM570,” kata iProperty.com dalam satu ke­nyataan.

Sembilan jualan hartanah kediaman termahal lain yang turut tersenarai adalah banglo di Jalan Bunga Hinai, Tanjung Tokong di Pulau Pinang pada RM13.6 juta, banglo di Bukit Tuanku, di sini (RM12.6 juta) dan kondominium Serai Bukit Bandaraya, Bangsar (RM12.1 juta) serta banglo di Bukit Damansara (RM12 juta).

The Enclave Bangsar (RM12 juta) serta rumah bandar di One Menerung Bangsar (RM10 juta) dan kondominium The Binjai On The Park, KLCC (RM9.9 juta), banglo di Masera Bukit Segar Cheras (RM9.8 juta) dan banglo di Casa Permai, Tanjung Tokong (RM9 juta).– BERNAMA