KUALA LUMPUR 5 April 2017 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana pihaknya mendapati penggunaan sistem tersebut masih lagi rendah dalam kalangan syarikat tempatan walaupun peluang yang disediakan kerajaan sentiasa terbuka luas.

Katanya, ia terbukti apabila setakat 15 Ogos lalu, hanya RM1.5 bilion dikeluarkan di bawah Skim Pembiayaan Mudah Bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM) menerusi Malaysian Industrial Deve­lopment Finance Bhd. (MIDF) sejak 2007 kepada 345 syarikat.

“Untuk itu, antara yang sedang diusahakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri buat masa ini ialah berbincang dengan Kementerian Kewangan supaya lebih banyak dana berkaitan automasi dapat disalurkan kepada MIDF bagi membantu syarikat tempatan pada pembentangan bajet kali ini.

“Selain itu, pihak kementerian juga akan berbincang dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan setiap koridor ekonomi me­ngenai perkara ini supaya satu cadangan lengkap dapat dibawa kepada Kementerian Kewangan memandangkan industri 4.0 amat penting kepada pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan majlis dialog dengan Majlis Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan; Pre­siden FMM, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dan Presiden MICCI, Datuk Jalilah Baba.

SLSAM adalah dana yang digabungkan dengan Skim Pinjaman Mudah untuk Pembangunan Automotif (SLSAD) pada 2013 dan disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ia menyediakan pembi­ayaan serendah RM50,000 kepada syarikat yang la­yak.

MIDF setakat ini menawarkan lima skim utama pinjaman mudah termasuk Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (SLSME), Skim Pembangunan Kapasiti Perkhidmatan (SLSCD), Skim Keusahawanan Automatif Bumiputera (SLBAE), Dana Kecemasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEEF) dan Skim Sektor Per­khidmatan (SLSSS).

Bagaimanapun, menurut Mustapa, MIDF pada Julai tahun ini telah meningkatkan had maksimum pinjaman mudah SLSAM kepada RM20 juta berbanding RM10 juta sebelum ini dalam usaha menggalakkan lebih ba­nyak syarikat mendapat akses kepada pembiaya­an tersebut.

Beliau juga memberitahu, pengguna­an tenaga buruh asing dalam sektor pembuatan juga berkurangan daripada 747,866 pada akhir 2014 kepada 631,393 setakat Jun lalu disebabkan sebahagian besarnya peningkatan penggunaan automasi dan kesukaran mendapatkan tenaga buruh asing.

“Pada peringkat awal, kita akan mengadakan perbincangan mengenai isu buruh asing pada Isnin ini dan kemudiannya dengan Jabatan Imigresen dan beberapa pemain industri atau agensi berkaitan kerana kita tidak mahu ia berlarutan sekali gus mengganggu aktiviti eksport dan produktiviti negara,” katanya.