Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Azhar mulakan tugas hari ini

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Datuk Seri Azhar Abdul Hamid yang dilantik sebagai Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menyatakan beliau akan memulakan tugasnya esok de­ngan melapor diri ke ibu pejabat FGV di sini.

Azhar Abdul Hamid

Katanya, beliau perlu menjalankan tugas baharu itu yang berkuat kuasa semalam seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Insya-Allah semuanya akan selesai dengan baik Isnin ini dan saya akan membuat kenyataan selepas itu,” katanya kepada Ming­guan Malaysia sambil me­nyatakan pejabat Perdana Menteri juga telah menyediakan surat pelantikan rasminya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan ini dan berazam akan memberikan perkhidmatan terbaik,” tambah­nya.

Ditanya mengenai kontroversi yang timbul selepas pengurusan FGV mengeluarkan kenya­taan kepada Bursa Malaysia yang Tan Sri Sulaiman Mahbob masih pengerusi syarikat itu, Azhar ber­kata, perkara itu seharusnya tidak diperbesar-besarkan.

“Saya ambil amanah daripada Perdana Menteri, tujuan kita nak kembalikan FGV ke landasan yang betul untuk kepentingan pemegang saham dan peneroka.

“Saya rasa tidak perlulah kita sensasikan hal-hal begini kerana ia akan menambahkan masalah, masalah FGV sedia ada pun sudah mencukupi,” tambahnya.

Katanya, pengurusan sedia ada FGV seharusnya akur sahaja dengan pengumuman kerajaan dan tidak perlu memperpanjangkan perkara tersebut.

Azhar berpendapat, selepas pe­ngumuman itu, apa yang boleh dilakukan oleh pengurusan FGV adalah menghubungi pejabat Perdana Menteri bagi mendapatkan pengesahan dan bukannya membuat kenyataan sendiri.

Sulaiman yang juga Pengerusi Telekom Malaysia dilantik memangku jawatan itu selepas Tan Sri Mohd. Isa Samad meletak jawatan pada Jun lalu selepas berlaku pertelingkahan dalaman pengurusan syarikat itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain