Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, program tersebut yang dianjurkan buat kali kedua menyasarkan untuk menarik 15,000 pengunjung.

“Kami menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik untuk para pengunjung, antaranya program Santai Labur yang menampilkan Datuk Vida dan Datuk Aliff Syukri, Labur Ria bersama artis popular seperti Ziana Zain, Aiman Tino dan Wany Hasrita serta 50 gerai jualan dan pameran,” katanya dalam sidang akhbar Fiesta Labur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE