Menurut portal Axios me­metik sumber, tawaran Apple untuk membeli Asaii, syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu bernilai kurang daripada AS$100 juta (RM415.8 juta).

Asaii mampu membantu Apple untuk bersaing dengan Spotify Technology SA yang bekerjasama secara langsung dengan artis, seperti label muzik, tambah laporan tersebut.

Bulan lalu, Apple telah membeli aplikasi penemuan muzik, Shazam iaitu satu urus niaga yang memberikan syarikat itu kelebihan dari segi saingan kepada Spotify.

Spotify adalah pemimpin in­dustri dalam perkhidmatan penstriman muzik.

Apple dan Asaii bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen di luar waktu perniagaan biasa.

Asaii membolehkan label muzik untuk mencari, menjejak dan menguruskan artis menggunakan pembelajaran mesin.

Platform itu mengambil data dari rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram serta perkhidmatan muzik se­perti Apple Music, Spotify, YouTube dan SoundClound.

Ia diasaskan pada Ogos 2016 oleh Sony Theakanath, Austin Chen dan Chris Zhang yang secara kolektif te­lah bekerja di Apple, Facebook, Uber, Salesforce, and Yelp sebelum ini.

Ketiga-tiga individu itu kini termasuk dalam pasukan Apple Music di Apple setakat Oktober 2018, menurut profil LinkedIn masing-masing. – Agensi