-

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Azman Ching berkata, aplikasi dengan tujuh fungsi itu meliputi keperluan asas harian se­perti makanan, minuman, hiburan dan pakaian memacu gelombang baharu model perniagaan.

Katanya, ia termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang, permainan, video pendek, platform sosial, membeli-belah dan pembayaran digital.

“Pelancaran global aplikasi Cannis akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam pada 18 Ogos ini dengan unjuran lebih 4,000 tetamu bakal hadir.

“Cannis adalah platform integrasi pertama di dunia kerana pada masa kini orang ramai tidak lagi perlu untuk memuat turun pelbagai aplikasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sejak Mac lalu, Cannis berjaya mengambil alih syarikat-syarikat teknologi berkaitan internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih dan perkongsian data besar.

Dalam masa sama, syarikat telah menjadi rakan kerjasama Google seterusnya meningkatkan kebolehan sistem keselamatan aplikasi Cannis.

Menurut Azman, falsafah perniagaan Cannis adalah u think it, we build it justeru syarikat berhasrat untuk memudahkan kehidupan orang ramai dengan aplikasi pelbagai fungsi itu.

“Cannis bukan sahaja sesuai digunakan oleh golongan muda malah ciri sistem pembayaran boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia terutama di Asia Tenggara.

“Di China, nilai pasaran jualan dalam talian dan hasil pengiklanan pemasaran siaran langsung telah mengatasi industri filem malah individu berpengaruh adalah lebih berharga daripada bintang filem,” katanya.

Aplikasi Cannis sudah boleh dimuat turun secara percuma di telefon pintar buat pengguna iPhone dan Android.