NSCI adalah anak syarikat milik penuh Cement Industries Malaysia Bhd. (CIMA).

TNB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, di bawah perjanjian itu TNB REMACO akan membangun, mereka bentuk, membina, mentauliah, mengendali, menyelenggara dan memperoleh pembiayaan untuk WHRPP yang akan mengguna haba sisa dari loji NSCI.

“WHRPP akan mempunyai gabungan keupayaan penjanaan tenaga sebanyak 23 megawatt (mW) dengan memulihkan haba sisa dari kilang simen di Bahau, Negeri Sembilan dan Bukit Keteri, Perlis dengan keupayaan mengurangkan sehingga 12 peratus kos elektrik NSCI,” tambahnya.

Menurut TNB, WHRPP akan menyumbang ke arah tenaga hijau serta kecekapan tenaga melalui pengurangan pelepasan karbon serta kelebihan kompetitif melalui penjimatan kos tenaga untuk kilang simen NSCI.

“Pembabitan TNB REMACO dalam pembangunan pemulihan haba sisa akan menawarkan peluang perniagaan baharu dalam menggalak kecekapan tenaga, teknologi hijau serta penyelesaian mampan tenaga jangka panjang,” tambahnya. - BERNAMA