Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, kemudahan tersebut ditawarkan secara eksklusif kepada pengedar Proton yang layak untuk memudahkan mereka menaik taraf kepada pusat 3S dan 4S.

“Menerusi kerjasama dengan Proton Edar, kami berhasrat untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan dan pengurusan tunai eksklusif kepada pengedar Proton,” katanya pada majlis pertukaran dokumen antara Ambank, CGC dan Proton di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE