Pengerusi AmanahRaya, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, transformasi berkenaan adalah untuk memastikan institusi pemegang amanah itu terus kekal mampan, fleksibel dan berorientasikan pelanggan.

“Ia juga adalah sebagai satu daripada kaedah untuk memantapkan pengetahuan pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan AmanahRaya,” katanya pada majlis pelancaran panel skrin LED elektronik di Wisma AmanahRaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md. Yusof. -UTUSAN ONLINE