Peningkatan sebanyak 39 peratus itu merupakan catatan GMV yang tertinggi sejak penganjurannya bermula pada 2009.

Festival yang berlangsung selama 24 jam itu turut menyaksikan penambahan peratus transaksi pembelian dan pembayaran melalui peranti mudah alih daripada 82 peratus pada tahun lalu kepada 90 peratus pada tahun ini dengan jumlah pesanan penghantaran sebanyak 812 juta dari 225 negara. - UTUSAN ONLINE