Menurut laporan Unjuran Transaksi Global edisi keempat yang diterbitkan rakan firma Baker McKenzie di Malaysia, Wong & Partners, berdasarkan petunjuk-petunjuk makro ekonomi daripada Oxford Economics, beberapa perjanjian M&A besar yang diumumkan pada 2018 dijangka dapat dimuktamadkan pada separuh pertama 2019 dengan mengambil kira keadaan ekonomi terus kukuh sepanjang tempoh tersebut.


Ketua Transaksi Global Baker McKenzie, Ai Ai Wong berkata, walaupun berhadapan dengan pertumbuhan perdagangan dunia yang perlahan, pasaran baharu muncul kelihatan lebih berdaya tahan terhadap kenaikan kadar faedah Rizab plPersekutuan Amerika Syarikat (AS) berbanding sebelum ini.

“Kami meramalkan aktiviti M&A sederhana tahun depan tetapi bagi perniagaan global, terutama di pasaran baharu muncul ia berada dalam keadaan yang baik untuk menangani sebarang gangguan ekonomi. 


“Asas untuk membuat perjanjian M&A juga terus kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE