Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail
 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail (gambar) berkata, IOSA adalah sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf oleh badan dunia untuk menilai pengurusan operasi syarikat penerbangan dan sistem kawalan serta dianggap sebagai penanda aras bagi pengurusan keselamatan.

Menurut beliau, untuk melayakkan mendapat pendaftaran tersebut AirAsia X Malaysia perlu menyediakan segala butiran audit keselamatan operasi dengan lengkap.

“Ia merangkumi lapan bidang operasi iaitu sistem pengurusan dan organisasi, operasi penerbangan, kawalan operasi dan keberangkatan penerbangan, penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat, operasi kabin, operasi pengendalian darat, operasi kargo serta pengurusan keselamatan.

“AirAsia X Malaysia menyertai pendaftar IOSA pada 6 April 2015 dan menjadi syarikat penerbangan kedua di negara ini yang lulus audit keselamatan operasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.