Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia dan anugerah ini adalah yang pertama daripada ASEAN.


“Anugerah ini sangat bermakna dan penting kepada syarikat. Kami telah berjaya menghubungkan kesemua negara ASEAN dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah yang berkualiti.


“Pertambahan laluan penerbangan AirAsia di ASEAN turut membantu sektor pelancongan dan ekonomi negara berkembang dengan pesat. Saya berharap lebih banyak hab penerbangan tambang murah dibina di rantau ASEAN sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada AirAsia untuk beroperasi di sana,” katanya.


Pada majlis itu, Fernandes yang mewakili AirAsia menerima anugerah yang disampaikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte dan disaksikan Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez serta Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Joey Concepcion. - UTUSAN ONLINE