Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, jualan tersebut untuk penerbangan AirAsia berlepas dari pelbagai hab Malaysia di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Langkawi ke Guangzhou, Nanning, Hong Kong, Macao, Kunming, Shenzhen, Hangzhou, Changsha, Shantou dan Wuhan.

"Semua destinasi yang dinyatakan itu boleh didapati untuk tempahan secara dalam talian selama 72 jam di airasia.com dan di aplikasi mudah alih AirAsia pada 18 hingga 20 Oktober ini.

"Penumpang boleh melakukan perjalanan antara 19 Oktober ini dan 22 Januari 2017. China adalah antara pasaran utama kami dan destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA